Kejap je masa berlalu.. Pejam celik dah 7 tahun anak pertama K.Ika.. Cepat betul masa berlalu kan.. Anak pon makin lama dah nak sama tinggi dengan K.Ika dah..haha.. Hanya untuk hari jadi sahaja K.Ika dan suami layan permintaan anak-anak nak apa dan tengok pada bajet..hihi.. Anak-anak pon bagi kerjasama jika ibu cakap mana yang boleh dan tak boleh..
Tahun nie kakak minta kerusi gaming.. Sebab dia tengok dekat rumah K.Ika ada 2.. 1 ayah dan 1 K.Ika.. Dia pon nak juga.. K.Ika kalau ikutkan tak mau bagi tunggu keputusan peperiksaan dia baru nak bagi tapi suami nak juga bagi K.Ika ikut juga lah.. Warna pilihan adalah pink.. Tu pilihan ayahnya.. K.Ika risau je ntah apa jadi bila warna pink.. Ikutkan nak warna gelap senang jaga kan..
Lambat sebulan baru bagi hadiahnya.. Bajet lari dengan banyak benda nak kena bayar dan macam-macam masalah datang.. Dengan suami nak konvo untuk bayar homestay lagi..hahaha.. Muka bila dah dapat hadiah tu memang ayahnya suka tengok excited dia tu.. Terus cakap terima kasih ibu.. Ayahnya lambat dia sebut padahal ayahnya yang pujuk ibu suruh beli juga.. Dah nampak kalau ada sendiri nanti siapa yang akan manjakan anaknya 😂
Suami tanya macam mana anak tahu tu hadiah dari kami.. K.Ika bagitau lah mungkin dengan kita je dia ada minta.. Anak tengok kotak je dah tahu apa benda dalam tu.. Semoga rajin-rajin belajar dan dengar lah cakap mama tu.. Anak nie dengan K.Ika tak berani sangat buat perangai mengada-ngada.. Dengan mama dan ayahnya naik tocang.. Dalam diam ayah syam nya dia takut juga dengan ayahnya syam.. Tak dengar cakap K.Ika selalu ugut bagitau ayah syam 😂😂
Ibu dan ayah sayang kakak.. Belajar rajin-rajin dan ibu akan curi-curi masa untuk bawa kakak dan adik jalan-jalan dan tidur dekat hotel.. Kakak adalah anak pertama yang ajar ibu kesabaran walaupon kadang ibu tengok perangai kakak bila dah besar nie kecik besar je..hahaha.. Nanti cuti sekolah datang lah rumah ibu.. Boleh gaduh dengan ibu..hahaha..
Comments
Post a Comment