Sapa yang tak kenal dengan nama produk kosmetik nie kan.. Produk keluaran 1 minute miracle adalah eyebrow, mascara dan yang terbaru foundation.. Sebab K.Ika tertarik dengan produk 1 minute miracle adalah mascara dan juga eyebrow..hihi.. K.Ika suka minat juga bab makeup nie.. Bila raya atau kenduri SIL K.Ika akan mintak K.Ika makeup kan.. Makeup biasa-biasa boleh lah.. Masih lagi belajar bab makeup nie..
K.Ika selalu tengok makeup by bellaz.. Jadi K.Ik tergoda tengok dia punya mascara.. Boleh buat mata kita jadi besar dan melentik.. Eyebrow pulak K.Ika sahaja nak cuba yang lain pulak.. Sebelum nie K.Ika menggunakan pencil eyebrow.. Saja nak cuba yang baru kan.. Nak asah juga tangan jadi lembut.. K.Ika makeup ikut mood tidak sentiasa makeup sahaja..hihi..
Skin masih belum lagi dapat yang K.Ika inginkan.. Jadi K.Ika nak bagi skin cantik kemudian baru makeup.. K.Ika tak suka makeup tebal-tebal.. Foundation sahaja yang K.Ika belum cuba lagi.. Tengok banyak juga feedback yang puas hati dengan foundation 1 minute miracle..Tunggu habis foundation Okaya baru K.Ika cuba yang nie pulak.. Nak baca produk okaya boleh baca dekat link nie ~ Okaya ~
Terpulang pada korang sendiri nak cuba yang mana 1 sesuai dengan korang.. Bila melibatkan makeup kita kenalah juga jaga skin kita dahulu barulah makeup pon nipis dan tidak mudah crack.. Untuk skin K.Ika menggunakan produk dari Emdoll Beauty ~ Perfect Serum ~ Serum nie juga boleh dijadikan sebagai makeup base.. Untuk lihat testimoni korang boleh pergi ke Intagram : Emdoll Sepang..
PRODUK 1 MINUTE MIRACLE
Mascara kegemaran K.Ika.. Muka tak berfoundation pon tak apa janji mascara wajib ada.. Nak cuci hanya menggunakan air sahaja.. Dapat sekali free pengepit bulu mata.. Sayang nak pakai selalu nanti cepat habis 😂
Eyebrow nie senang bentuk dan nak digunakan.. K.Ika ada masa tak menjadi juga bila buat eyebrow.. Dapat free brush sekali 😘.. Keluaran nie akan berhenti tidak lama lagi.. Mungkin mereka nak keluarkan dengan design yang baru.. Kita nantikan je lah..
Tadaa.... hasil makeup simple K.Ika.. Jadi panjang terus bulu mata K.Ika.. Tu yang K.Ika nak sebenarnya..hihi.. Nak tengok apa yang K.Ika pakai lagi boleh lihat video di bawah 👇
VIDEO
berapa RM ni?
ReplyDeleteMascara rm30
DeleteEyebrow tak salah rm28 kot.. dah lupa lama beli..hahahah