Kepada orang ramai tolong lah patuhi arahan yang telah dikeluarkan.. Korang tak ikut kemungkinan besar makin lama lah perintah di akan dijalankan.. Kesian lah dekat peniaga kecil-kecilan diluar sana yang hanya mengharapkan duit dari hasil berniaga.. Jangan lah pentingkan diri sendiri.. TOLONG BAGI KERJASAMA dengan baik.. Kerajaan dah bagi bantuan yang sepatutnya.. Jangan lah korang nak menambah lagi hutang kerajaan oii...
Bila kerajaan bagi duit laju je kan korang nie.. Bila bab ikut arahan duduk rumah tak nak dengar pon kan.. Kawasan yang berisiko tinggi sila lah jaga kesihatan keluarga anda dan patuhilah arahan yang telah keluar.. Dah kerajaan bagi duit tu jangan pulak ramai-ramai sibuk nak balik kampong, nak bercuti pergi rumah sedara.. Jangan sampai abang-abang askar diluar sana bagi kekerasan baru korang nak faham..
Macam di negara INDIA walaupon penduduk mereka padat tapi mereka punya tahap jangkitan tidak tinggi berbanding dengan malaysia.. Jangan sampai abang-abang polis dan askar rotan baru korang nak faham.. Tapi malaysia nie kalau buat macam tu sikit-sikit viral lepastu kata bukan-bukan dekat polis dan askar.. Korang je lah yang betul semua..
Kehidupan sis berjalan macam biasa kerana suami K.Ika TIDAK DAPAT CUTI.. Suami K.Ika adalah anggota barisan hadapan.. Walaupon suami K.Ika kerja light duty kena juga datang kerja jika tak cukup orang kena beri bantuan.. Suami K.Ika kerja di Airport dan ada setengah flight masih beroperasi.. Waktu-waktu macam nie lah korang nak berjalan.. Bukan seronok pon berjalan sebab kedai dan hotel kebanyakan kena tutup kot.. Virus masuk adalah dari airport dahulu barulah akan merebak kepada yang lain..
Harap lepas nie tidak akan ada penambahan lagi PKP nie..Kilang-kilang banyak tutup ke sampaikan kedai runcit tidak ada top up barang.. Barang-barang harian makin surut dah K.Ika tengok dekat kedai 99 speedmart.. K.Ika dah berapa kali pergi masih tidak ada penambahan pon barang-barang harian.. Macam mana nie nak menampung makanan bekalan harian..Bahan yang asas pon makin surut belum lagi bahan mentah 😐..
Harap penduduk MALAYSIA bagilah kerjasama yang baik dan hanya keluar beli barang bila perlu sahaja.. Jangan biarkan penamabahan kes makin meningkat.. Sayangilah keluarga korang jika anak terkena tak kasihan ke anak korang akan berada dihospital sorang-sorang tanpa ditemani oleh keluarga.. Wanita yang hamil antara golongan yang mudah terkena jangkitan virus nie..
Geram je nengok yang hat degil2, siap boleh pi pasar..berkumpul ramai-ramai..nak je suh sumbat dalam lokap. pas tu buh sorang pesakit covid dengan dorang...
ReplyDeleteBetul2 masih ramai lagi yang pentingkan diri sendiri.. makin lama makin banyak kawasan yang dah kena red zone..
Delete