Bulan lepas adalah hari jadi mama adalah mama kepada anak asuhan K.Ika.. Sama bulan dengan suami K.Ika.. K.Ika pulak sama bulan dengan anak asuhan tu.. Kek nie kali ke 2 K.Ika order dengan orang yang sama.. Kek yang nie KIka pernah beli saiz kecil buat makan sendiri dan memang sedap.. Korang boleh baca dekat link nie untuk order di kawasan yang berdekatan ~ Kek Cheese ~ Birthday suami pon K.Ika order dengan orang yang sama ~ Birthday boy ~ Kek suami K.Ika tak rasa dah habis makan dekat pejabat..
Memadangkan gaji awal bulan 1 haritu nie sahaja bajet yang ada.. Mama pon suka dengan kek nie.. K.Ika masa bagi dekat mama rasa terharu sikit nyaris K.Ika tak banjir..hahaha.. Ntah kenapa tiba-tiba rasa sebak pulak.. Bila keluar dengan mama maira K.Ika nak belanja mama maira akan menolak.. Jadi dengan bagi kek kejutan mama maira tak boleh nak menolak.. K,Ika tengok gambar kek pon dah tertelan air liur macam mana tu 😂
Next adalah birthday girl anak kesayangan K.Ika dan suami tu.. Kena siapkan bajet untuk kek budak kecik tu.. Dia pon dah makin besar bila tak sambut rasa kesian pulak kan.. Sambut kecik-kecilan sahaja dengan family sahaja.. Dah masuk sekolah barulah ajak kawan datang rumah.. Sapa yang nak cuba boleh lah tanya orang tu mana tau boleh delivery kawasan rumah korang kan.. Yang penting memang sedap dan puas hati..
Comments
Post a Comment