Hari ke 2 aktiviti di terengganu K.Ika adalah hanya berjalan disekitar hotel sahaja 😁.. Apa yang terdekat adalah pasar payang.. Hari ke 2 cuaca agak mendung dan hujan renyai-renyai.. Pagi kami jalan-jalan cari sarapan dekat dataran.. Sebaris hotel ada tapi macam tak menarik menunya..hihi.. Memandangkan hujan rintik-rintik lepas sarapan kami balik hotel dulu untuk rehat-rehat kemudian baru ke pasar payang.. Mula-mula nak naik kereta tapi disebabkan susah parking kami ambil keputusan jalan kaki sahaja.. Pakej sekali dengan brisk walk sebab suami dalam proses nak turunkan berat badan tu yang jalan kaki juga.. K.Ika jenis yang bila banyak-banyak depan mata memang jadi rambang mata tau tak tahu nak pilih apa dan nak beli apa 😅.. Pasar payang 1 jual baju,aksesori dan kedai emas.. Pasar payang 2 bahagian keropok dan jajan-jajan semua..Tak jauh pon jarak pasar payang 1 dan 2 tu.. Oh ya balik dari sarapan singgah kedai yogurt nama YOGULP.. Rasa dia lebih kurang sama macam llao lla...
- Home
- Contact me
- My Journey
- Resepi Simple