Dah alang-alang sampai ke kelantan kan marilah kita jalan-jalan dekat sini.. Dekat sini sekejap sahaja sebab ada urusan dan memang tak ada perancangan nak jalan ke mana.. K.Ika gerak ke kelantan hari sabtu jalan jem dekat genting sepah lepastu jalan clear.. Lama kome ikut jalan lama.. Kelantan memang tak ada highway lah rasanya 😅..
K.Ika dari KL pukul 1 sampai homestay pukul 10 😅.. Taubat rasanya nak ke kelantan lagi..hahaha..Naik flight ok lah kot..K.Ika duduk dekat peringat..Nak ke bandar dalam 30 minit macam tu..Hari sabtu memang tak ada apa aktiviti lah dah sampai pon malam.. Esok nya suami ajak ke pasar siti khadijah lah.. K.Ika sampai pon dah petang banyak kedai dah tutup..
Sini memang niaga banyak tutup awal ek..Kuih-kuih apa pon tak sempat nak cuci mata nak merasa..haha.. K.Ika beli baju je untuk anak bujang 2 orang dengan magnet peti ais macam biasa.. Keropok apa semua tak beli suami dalam mood diet jadi malas nak beli..
Ini je lah gambar yang ada 😂.. Malam kita p makan dekat Ombak Rindu Pantai Kemayang.. Makan dekat sini ok sedap tapi servis dia lambat sikit..
Nak kata lewat sampai tak juga sebab ada dekat sana sebelum isyak.. Yang geram tu meja belakang kami lambat sampai tapi dia dapat dulu makanan.. Tanya sampai banyak kali lah bila nak sampai.. Lambat lagi nak cancel je makanan yang order tadi.. Air sampai 2 kali tambah tak sampai-sampai..hihi..
Suami pernah datang makan dekat sini dengan kawan kerja ada pertandingan dekat kelantan..Harga tak tahu berapa sebab orang lain belanja..hahaha.. Malam tu kami makan set celup 2 lepastu set tom yam 3, air manis 1 dengan 2 jug air kosong..anak K.Ika makan chicken chop.
Esoknya K.Ika gerak ke terengganu.. Tak sempat nak pusing-pusing dekat situ sebab nak ke terengganu pon makan masa dalam 3 jam macam tu.. Gerak pukul 4 lebih macam tu sampai pukul 8 malam.. Lambat sebab mencari bengkel kereta nak tukar lampu susah bebenor.. Bila tanya hanya tukar minyak hitam sahaja 😅.. Tu yang buat lambat sampai lampu kereta sebelah dah terbakar..Sampai ke sudah tak jumpa bengkel yang boleh tukar lampu kereta.
Comments
Post a Comment