K.Ika memang peminat silver..K.Ika ada lagi gelang kaki silver walaupon nak dekat 17 tahun pakai masih elok cuma tak berkilat sebab tak hantar cuci.. Zaman K.Ika dulu kan popular silver nie.. Harga pon murah lah juga tak mahal macam sekarang 😅..
K.Ika jumpa 1 kedai dekat tik tok jual silver.. Banyak juga kedai yang jual korang kena tengok perbandingan harga dan juga design.. K.Ika berkenan dekat kedai nie sebab boleh tukar silver yang lama kepada silver yang baru lepastu ada cuci free seumur hidup.. Cincin silver jenama kedai nie sahaja tau yang diterima cincin silver kedai lain tak diterima.
K.Ika dah lama tengok dan kira-kira bajet K.Ika pilih untuk beli bulan 6 sempena hari jadi untuk diri sendiri.. Design K.Ika tanya suami cantik atau tak dan K.Ika beli tak bagitau harga dekat suami nanti kena marah walaupon beli duit sendiri..hihi..
Cincin pilihan K.Ika 😊.. K.Ika beli dekat kedai ELFI di tik tok..Website pon ada juga kalau nak.. Chat seller pon rajin juga melayan walaupon banyak tanya.. K.Ika banyak tanya tentang saiz jari.. Lama tau nak yakin kan diri nak pilih saiz apa.. Salah saiz tak boleh tukar sebab K.Ika punya cincin custom batunya..
Mana-mana kedai jual cincin silver jual batu zirconia.. Lepastu K.Ika tukar batu tengah tu kepada Moissanite Champagne 1 carat.. K.ika ambil warna champagne sebab harga murah sikit dari batu yang lain 😅..Harga kena tambah lagi lah 😅..Harga lebih kurang 1 gram lebih emas 🫢..Hadiah paling mahal untuk hari jadi sendiri..hihi.. Siap ada certificate card bagi sekali..
Beza batu zirconia dan moissanite nie kilat dia dengan ketahanan.. K.Ika nie lasak sikit risau tercabut batunya 😂..Saiz jari K.Ika ambil 10 tak longgar dan tak ketat.. Ok lah berpuas hati lah dengan cincin nie.. Cincin nie tak boleh kena air laut dan air kolam..
Ada jual batu moissanite murah sangat K.Ika tak berapa yakin nak beli risau sangat 😁.. Dekat ELFI yakin lah sikit sebab ada kedai dan boleh cuci cincin dekat sini.. Cincin nie boleh engrave juga 1 huruf dalam rm 8 tak salah.. Sebab modal kurang jadi K.Ika tak buat engrave..
Ps : Terima Kasih juga dekat suami bagi hadiah cincin emas dekat K.Ika sempena hari jadi tahun nie ..K.Ika tak mintak dah suami nak juga bagi kita ambil je lah..Ngetor jari K.Ika nak beli sebab beli benda tak dirancang 😅.. Semoga dimurahkan rezeki berganda pada suami dan boleh beli lagi emas 🤭..
Comments
Post a Comment