Hari ke 2 aktiviti di terengganu K.Ika adalah hanya berjalan disekitar hotel sahaja 😁.. Apa yang terdekat adalah pasar payang.. Hari ke 2 cuaca agak mendung dan hujan renyai-renyai.. Pagi kami jalan-jalan cari sarapan dekat dataran.. Sebaris hotel ada tapi macam tak menarik menunya..hihi..
Memandangkan hujan rintik-rintik lepas sarapan kami balik hotel dulu untuk rehat-rehat kemudian baru ke pasar payang.. Mula-mula nak naik kereta tapi disebabkan susah parking kami ambil keputusan jalan kaki sahaja.. Pakej sekali dengan brisk walk sebab suami dalam proses nak turunkan berat badan tu yang jalan kaki juga..
K.Ika jenis yang bila banyak-banyak depan mata memang jadi rambang mata tau tak tahu nak pilih apa dan nak beli apa 😅.. Pasar payang 1 jual baju,aksesori dan kedai emas.. Pasar payang 2 bahagian keropok dan jajan-jajan semua..Tak jauh pon jarak pasar payang 1 dan 2 tu..
Oh ya balik dari sarapan singgah kedai yogurt nama YOGULP.. Rasa dia lebih kurang sama macam llao llao.. Saiz cup yang K.Ika ambil harga dalam RM 20..Dekat terengganu banyak kedai yogurt nie.. Pada K.Ika lah kedai dia pantai timur nie lebih kepada produk mereka..
Macam mixue, tea live macam tak jumpa.. Kalau salah mintak maaf lah mungkin K.Ika tak habis pusing dekat terengganu lagi..hihi..Balik dari tu ada jumpa banggunan lama kami pon masuk lah sebab pagar buka.. Tiba-tiba ada orang lalu K.Ika tanya lah boleh ke ambil gambar orang tu cakap dia ambil bacaan meter je 😅.. Lepas kami tangkap gambar kena tutup pagar balik..hahah..
Kami tak lama dekat pasar payang sebab pergi lepak dengan bapak saudara nak balik pulak pada haritu.. Tu yang ada selit gambar jambatan lepas balik dari lepak dengan bapak saudara.. Malam tu kami pergi jalan-jalan dekat dataran 500 meter dari hotel.. Malam pon kami jalan kaki juga 😂.. Dekat dataran parking banyak tapi depan hotel parking tak ada 😅.. Itu lah sebab jalan kaki.. Anak dara K.Ika sampai bising lah bila nak balik..hahaha..
Banyak lagi tempat tak pergi lagi.. Ada harapan ke untuk datang lagi..hahaha.. Ole-ole dekat terengganu pon tak beli.. Ada rezeki lebih K.Ika nak ajak suami pergi lagi lah.. Kita tunggu lah lepas K.Ika dah free tak mengasuh boleh lah nak cuti lama-lama..Pergi pantai timur kena cuti lama sebab perjalanan yang lama.
Comments
Post a Comment