Gerak dari kelantan pon dah lewat lah juga sebab perjalanan dari kelantan nak ke terengganu ambil masa 3 jam lebih.. Suami memang bawak jenis slow sebab zaman kerja plus dulu dah puas dia tekan minyak sampai meter 200 dia bawak 😂.. Jadi sekarang dia bawak hanya 80 sahaja..hahaha..
K.Ika macam biasa hotel bajet sahaja tak mewah mana pon hotel tu janji ada kelengkapan semua cukup dah.. Hotel nie barisan kedai tepi jalan besar.. Parking kena berebut sikit lah dengan hotel yang lain.. Parking depan hotel hanya ada 1 sahaja kot itu pon siapa cepat dialah dapat..
Hotel nie ada banyak pilihan.. Disebabkan datang masa cuti sekolah banyak hotel dah penuh booking.. Hotel yang K.Ika duduk nie ada 2 @ 3 sama nama ada beza sikit belakang tak salah..Kedai makan jauh sikit dari hotel.. Malam sampai tu K.Ika order grab je malas nak keluar mencari makan sebab salah satunya parking tak ada 😅..
Bilik yang K.Ika pilih 1 single dan 1 queen tapi dapat bilik 4 single.. Nak selesa sebab bawak anak sekali.. Walaupon bajet tapi lawa juga hotelnya.. Untuk family biliknya dekat lobi.. Nak angkat barang memang senang sangat.. Aircond sejuk dan kemudahan lain semua ok.. Walaupon tak ada tingkap tak ada rasa sesak nafas mungkin sebab luas dalamnya..
Cuma tu je lah parking dia agak susah sedikit tapi ok je lah pada K.Ika.. Parking dekat sini guna app flexi.. Tak kira mana daerah dalam terengganu.. Senang juga masa guna nie.. Pekerja depan kaunter pon ok ramah je.. Nak ke pasar payang naik kereta tak jauh mana belakang hotel nie je.. Dataran dan waterfront pon berdekatan lah juga..
Comments
Post a Comment