Skip to main content
 Add Me  Follow Me  Follow Me  Follow Me

Anak-Anak Autisme

 Projek suami untuk subjek KOKE.. Mula-mula pilihan adalah untuk ambil dekat Permata Kurnia.. Dah hantar jemputan nie awal dalam sebulan sebelum date line.. Masih lagi belum ada jawapan.. Bila tanya asyik Pengarah tak ada.. PA dah tu buat apa?? Tak buat kerja ke untuk bgitau ketua korang tu?? Tak nak bagi kami buat program dekat situ bagitau je lah boleh cari dekat tempat lain kan.. Ni lagi berapa hari tarikh nak buat program masih senyap lagi..

Yang lawak lagi adalah kami pergi hari isnin Pengarah CUTI!! Hari isnin selalu cuti ke apa?? Bila mintak no PA pon kaunter tak nak bagi ingat depa nak mengorat korang ke apa..Kita mintak no PA sebab nak tau kata putus haritu juga.. Memang berlagak gila lah tempat nie.. Agaknya ditaja VVIP buat endah tak endah je.. Geram tau sikap pengurusan macam nie.. Point nya tak nak bagi buat program reject je awal-awal habis cerita di biarkan tertanya-tanya sampai last minute..

Lepas balik dari Permata Kurnia dengan jawapan yang mengecewakan & buat endah tak endah je..Masa dalam kereta kawan suami carilah pusat autisme yang lain dan jumpa berada di Shah Alam.. Bila suami call waktu tu juga dan pengurus yang ada disitu memberi kebenaran kepada mereka untuk buat program dekat situ.. Suami ada juga bagitau bahawa tarikh nak buat program hanya lagi beberapa hari sahaja lagi.. 

Memang mudah sangat berurusan dengan pusat austisme nie.. Bila pusat tu bagi kebenaran rasa lapang sikit dada sebab dah ada lokasi untuk buat program.. Nama tempat yang buat program nie adalah PUSAT JAGAAN SAYANG SHAH ALAM.. Owner tubuhkan pusat nie sebab mempunyai anak austisme jadi mudah untuk orang diluar sana lebih faham tentang anak austisme nie.. 

Kawan suami dapat mencari sorang Dato yang memang terkenal dengan memberi bantuan di daerah GOMBAK.. Sedikit sebanyak dapat membantu pihak pengurusan pusat austisme nie.. Kumpulan suami ada juga bagi sumbangan kepada pihak tersebut barang dapur dan juga cenderahati kepada semua kanak-kanak austime dan juga staff yang berada disitu.. 

Masa program dijalankan staff mereka memang cekap dalam mengawal emosi anak-anak autisme nie.. Semasa melakukan aktiviti untuk mereka semua dalam keadaan yang baik dan emosi yang stabil kiranya tak ada lah perkara yang tidak dijangkakan.. Pihak pengurusan memang terbaik dan melayan kami dengan baik sekali.


SALAH SATU TANDA-TANDA AUSTISME 


1. Perkembangan Motor Yang Lambat

* bayi 6 bulan : tidak boleh senyum dan menunjukkan aksi yang riang

* bayi 9 bulan : tidak mengeluarkan bunyi

* bayi 12 bulan : tidak mahu baby talk,lambat bercakap dan tidak mahu melambai

2. Mahu Perhatian Anda Secara Berlebihan

 Mereka hanya mahu memeluk dan mendapatkan perhatian anda. Ini bermakna mereka sukar untuk berhubung dengan individu lain. 

3. Kurang Pergerakan

Anak autisme akan kurang menunjukkan pergerakan seperti menunjuk. Mereka seakan-akan keras seperti "robot".

4. Perbuatan Berulang

Anak sering melakukan perbuatan berulang seperti mengibas-ngibas tangannya atau melakukan sesuatu pergerakan abnormal seperti memusing tangan? Anak autisme amat gemar dengan perbuatan atau aktiviti berulang seperti menepuk tangan, mencampak barang, memusingkan barang, memetik jari dan sebagainya.

5. Tiada " baby talk "

Baby talk atau babbling adalah perbuatan bercakap yang biasa dilakukan oleh bayi apabila mereka mencapai usia 12 bulan. Walaupon ibu bapa tidak akan faham apa yang anak  " bebelkan ", anak autisme lebih cenderung tidak melakukan.

6. Tidak Respon Jika Dipanggil

Ini kerana kebiasaannya, anak autisme memang sukar untuk membina hubungan sosial dengan orang lain. Sebab itu mereka sukar untuk disentuh, tidak mahu bermain permainan " olok-olok " dan suka meniru orang lain. Suka menyendiri dan mereka seakan tidak mendengar apa yang orang lain cakap pada mereka.


Jika anak anda mengalami salah satu tanda seperti diatas cepat-cepat lah bawak ke pihak yang pakar untuk mengawal anak anda dengan lebih cepat.. Jika mempunyai anak istimewa seperti ini jangan sedih mana tau anak ini akan menarik anda ke syurga nanti.. K.Ika memang pandang tinggi lah dekat sapa yang ada anak istimewa nie sebab mempunyai kesabaran dan mental yang tinggi. Kalau K.Ika tak tahu lah sama ada mempunyai kesabaran yang tinggi atau tak.


Video simple sahaja semasa program dijalankan.. Enjoy the video 😊



Untuk sumbangan dari segi duit atau makanan korang boleh lihat detail dibawah :


PENGARAH

FARIDAH ZAINUDDIN

016-6788039

ALAMAT

PUSAT JAGAAN SAYANG

NO 51, JALAN KRISTAL 7/73,

SEKSYEN 7,40000 SHAH ALAM,

SELANGOR DARUL EHSAN.

TEL/FAX

03-55110564

EMAIL

pjsayang@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

Himalaya Speman

Ini adalah produk en suami makan..harap ada lah hasil yg baik nnti..K.Ika nk cba makan himalaya shatavari tak ade pulak stok dekat kedai cni..huhu..nak beli online tak percaya pulak..mungkin belum rezeki K.Ika untuk mendapat zuriat secara natural..si isteri kena jumpa doktor tidak lama lagi..huhu..harap semua akan berjalan dengan lancar..inilah kebaikan speman untuk laki..cba fikir positif..ini adalah makanan herba dari india.. Untuk ketahui lebih lanjut boleh google..ada yang serasi dengan ubat ini akan tunjukkan hasil yang positif.. TIDAK SEMUA ORANG SESUAI DENGAN PRODUK NIE ..kita hanya manusia biasa hanya berusaha sahaja..ubat ini ada dalam bentuk kapsul dan berwarna pink..1 bekas ada terdapat dalam 100 biji kapsul..tergoda K.Ika bila tengok ubat nie..hihi..harga termasuk gst rm56.20..boleh dicari di farmasi yang terpilih atau di lazada ye.. APA FUNGSI YANG TERDAPAT DALAM HIMALAYA SPEMAN? Meningkatkan spermatogenesis Bahan-bahan semulajadi dalam Speman menggalakkan spe

Kurma Dhuha By Homemade Bonda Rozita

PENGENALAN Ubatan herba merupakan terapi tertua dalam sejarah perubatan bermula dengan penemuaannya di Mesir , India dan China yang telah berusia puluhan ribu tahun ( melalui peradaban kuno ).Herba yang terbaik sudah tentulah herba yang disarankan oleh Rasulullah S.A.W seperti Jintan Rom & Madu Asli ,bahkan merawat dengan herba bukan lagi sesuatu yang baru. Rawatan tradisional telah lama muncul sejak zaman Nabi Adam a.s, Baginda yang pertama memperkenalkan ilimu perbidanan dengan herba dan diamalkan oleh isteri baginda semasa berpantang.Siti Hawa mengamalkan herba makan Jintan Rom untuk mengembalikan tenaga,melancarkandarah,memperbanyakkan susu dan mengimbangi hormon.Selain itu,Siti Hawa juga mengamalkan pengambilan air rebusan herba terdiri daripada campuran daun inai,jintan rom dan Kemenyan Arab bagi mencuci darah supaya tidak berbau dan melancarkan ketulan darah nifas. Hari ini,uabtan herba terus menguasai pasaran dunia sebanyak 20% semenjak 2012 dan terus meningk

Madu Ajaib Turkey By Wawa

Sapa yang ada masalah dengan K.Ika ✋.. K.Ika mengalami masalah masih belum lagi hamil sehingga perkahwinan masuk ke 6 tahun.. Ada juga yang lama lagi K.Ika masih belum dikurniakan zuriat lagi.. Ada yang amalkan nie hanya paling cepat 1 botol sudah melekat.. Ada yang 4 botol baru melekat.. Kesan kepada badan masing-masing adalah berlainan yer.. Macam K.Ika makan apa sahaja tak ada menunjukkan tanda-tanda positif.. Ada K.Ika baca bila kita dah makan macam-macam tidak beri kesan kepada badan kita kemungkinan dalam badan kita ada toksin jahat yang makan khasiat yang kita amalkan.. K.Ika juga mengalami masalah membuang air besar.. Paling lama seminggu tidak membuang ye.. Dah berapa banyak toksin yang terkumpul dalam badan K.Ika..huhu.. Kali nie K.Ika tewas teringin untuk mencuba ikhtiar dengan Madu Ajaib oleh wawa zainal & aeril.. Sapa yang tak kenal pasangan yang memang fanatik dengan lagu-lagu hindustan.. Video mereka kebanyakan banyak lagu hindustan.. Madu nie dikilangkan di lua

Maboro Steak Restaurant Nilai

Ok dekat sni aku nak cerita pasai mkanan westren yang x berapa baru lah sangat aku cuba dekat cni...mula2 aku x tau ada kedai nie bukak aku tau pon sebb kawan en suami ajak lepak dekat cni..nmpak sangat lama x membeli barang dekat psaraya besar nie kan..nak cari kedai nie senang je x susah mana..kedai nie terletak di bandar baru nilai (berdekatan dengan tesco) dan juga bertentangan dengan dataran nilai..kedai dia terletak dihujung..jadi memang senang nak nampak lah..kawasan kedai tu memang besar sangat n luas.. Lagi 1 kedai nie 1 kawasan dengan satay willy yang popular tu..jadi sapa yang pernh p makan satay willy dia tau lah lokasi kedai malboro steak nie..masa aku p cni kedai dia memang ramai org n servis dia agak kelam kabut sedikit..maybe sebb baru lagi perkerja dia n tidak berapa fasih lagi bhasa melayu..harga makanan pada aku masih berpatutan dan harga mampu lah bila nak bayar mkanan tu..aku mintak maaf lah lpa nak snap gambar makanan dekat citu..nnti bila2 aku p cna lagi aku

Rawatan Kesuburan (5) #HuCoG 5000 ( Pecahkan Telur )

 Alhamdulillah ovum K.Ika memberi kesan yang positif.. Ada 2 ovum yang membesar dari makan ubat yang diberikan oleh doktor.. K.Ika makan clomid 50mg.. K.Ika pergi scan pada CD12..Bulan lepas masa cycle tak jadi tu K.Ika terus ambil ubat yang doktor bagi.. Doktor sarankan K.Ika ambil 50 mg dahulu.. Kalau tak berjaya maybe doktor akan naikkan lagi dos di masa akan datang..  Saiz yang K.Ika dapat dalam 26 & 18.. Untuk cucuk ubat nie kena saiz telur 18 ke atas.. Kalau terlebih besar sangat tak helokk juga.. Memandangkan K.Ika ada saiz yang doktor nak jadi terus cucuk lah pada hari yang sama.. Hari yang K.Ika pergi adalah hari khamis jadi takut esok hilang macam cycle bulan lepas terus cucuk lah siap-siap hanya tunggu hasil je lah nanti..hihi.. K.Ika terlupa nak tangkap gambar ubat tu.. Masa tu tengah fikir nak cepat sebab suami lama tunggu dekat dalam kereta..  Resit ada tapi bila K.Ika google tak ada pulak keluar nama tu.. Keluar model barang komputer 😅.. K.Ika ingatkan harga nya mah