Akhirnya siap juga photobook percutian tahun lepas.. Setahun lebih edit gambar tu dekat photobook tau. Sampai terlebih rajin gambar tahun nie pon K.Ika ada buat sekali.. Sebab wabak covid 19 tak boleh ke mana sangat jadi kita buat je lah gambar yang mana ada..hihi..
Macam biasa K.Ika beli di shopee kebetulan masa tu ada promosi harga dalam RM 0.50 sahaja untuk saiz mini 6x6.. Semua photobook dekat rumah K.Ika saiz yang sama.. Tunggu apa lagi kan cepat-cepat lah beli waktu sale.. Code nie boleh pakai akan tamat sehingga 3 bulan sahaja.. Sebaiknya korang edit siap-siap bila ada promosi terus lah check out..
Bila dapat tau harga yang berpatutan nie memang selalu lah buat photobook untuk kenangan bila berjalan ke mana sahaja.. Kadang letak dekat hp memory penuh kadang tu tangan gatai terbuang semua gambar kan.. Nak selamat kita buat photobook.. Bila-bila masa boleh tengok..hihi..
Ada anak kecik yang tangan laju nak koyak atau makan buku lebih baik lah simpan ditempat yang tinggi..hihi.. Tak adalah sayu je tengok hasil edit kita kena koyak begitu saja..hihi.. Dekat photobook malaysia macam-macam ada.. Dari photobook sampai ke cenderahati..
Disebabkan kali terakhir K.Ika buat photobook nie tahun lepas jadi baru-baru nie K.Ika order photobook ada perkembangan terbaru iaitu bila checkout boleh checkout berapa banyak yang kita nak.. Macam sebelum nie kena checkout banyak kali.. Walapon korang checkout sekali postage tetap akan kira 1 RM 8.. Amboi dah jimat korang nak jimat lagi.. Bungkus syarikat asyik nak jimat je.. Dapat harga promosi kira dah murah lah tu..
Jadi tunggu apa lagi dari korang biarkan gambar penuh banyak dekat hp buat peram apa kata buat photobook barulah nampak cantik dan ada kenangan dengan anak atau dengan pasangan masing-masing bercuti ke mana sahaja..
HASIL PHOTOBOOK
Comments
Post a Comment