Skip to main content
 Add Me  Follow Me  Follow Me  Follow Me

Rawatan Kesuburan (3) #ttc Pembesaran Telur / Ovum

Perjumpaan doktor yang terkini adalah untuk memeriksa telur / ovum membesar atau tak.. K.Ika periksa agak awal iaitu dalam CD 10.. Setengah orang mula pada CD 12.. Ikut pada cycle period korang.. Entry kali nie K.Ika akan cerita pasai pembesaran telur sahaja.. K.Ika sebenarnya baru pertama kali nak buat TVS scan nie.. Dari pembacaan K.Ika TVS scan nie akan menggunakan muncung mulut itik tu jugak.. 

Seram juga lah sebab bila otot keras bila masukkan akan sakit sedikit dan buat jadi tak selesa..Tapi ternyata tidak sama seperti yang K.Ika baca..hihi..  Hanya masukkan alat tu dilapik dengan condom dan gel sedikit.. Tak sakit pon bila buat scan TVS nie rupanya..hihi.. Sebenarnya K.Ika dah set dekat minda tak sakit buat benda nie.. Bab jarum nie je jenuh sikit nak set minda cakap tak sakit 😅..


CD 10 17/08/2020

Datang ke klinik macam biasa lepastu doktor akan buat tvs untuk scan melalui vagina untuk melihat saiz ovum. K.Ika punya lama juga lah doktor cari.. Doktor pakar pon ada juga sekali tadi dia bgitau ketebalan rahim ok.. Lepastu saiz telur belah kanan ada 1 sahaja yang besar dalam anggaran 14mm macam nie.. Ada lagi 2 masih dalam saiz yang kecil dalam 8mm.. Belah kiri doktor scan tak nampak telur nya dan kecik.. 

Sebelum buat TVS scan nie sila kencing dahulu ye.. Masa K.Ika buat nie tak kencing dan tengah tahan kencing..hihi.. Lagi 2 hari K.Ika akan pergi scan lagi sekali untuk tengok perkembangan telur.. K.Ika minum banyak-banyak dulu dekat rumah dan kencing dekat sana senang sikit..hihi.. Proses TVS scan nie akan kerap pergi ke hospital untuk scan pembesaran telur kita.. Doktor nak tengok sama ada telur kita boleh membesar secara natural atau perlukan bantuan ubat.. 


CD 12 19/08/2020

Kali ke 2 TVS dapat doktor yang sama juga.. Harap kali ke 3 pon doktor yang sama.. Tak adalah segan sangat sebab mula-mula buat pap smear dengan doktor nie juga.. Telur / ovum K.Ika membesar lagi jadi 16mm.. Ketebalan rahim pon sama juga makin tebal.. Kena datang lagi sekali scan pada CD 14.. Cukup saiz matang K.Ika akan cucuk untuk membantu telur tu pecah dengan ubat..


CD 14 21/08/2020

Agak menghampakan sedikit sebab telur kanan K.Ika yang membesar tu dah pecah sebelum saiz matang..huhu..  Jadi tak jadi ambil cucuk hari nie.. Belah kiri ada tapi banyak saiz yang tidak besar.. Tak apa kiranya K.Ika dah tau lah apa masalah K.Ika iaitu saiz ovum tidak matang dah pecah.. Next cycle K.Ika mulakan dengan bantuan ubat iaitu clomid.. Ubat nie makan kena ada pantauan doktor tak boleh pergi farmasi beli sendiri kerana bahaya ye makan tanpa pantauan doktor..


K.Ika cycle yang nie cuba secara natural tanpa makan clomid.. Jadi untuk next cycle K.Ika mulakan dengan bantuan clomid dos rendah iaitu 50mg.. Kepada ttc diluar sana jangan putus asa.. Selagi kita ada rahim percaya lah selagi tu kita bleh hamil.. Antara cepat atau lambat sahaja ALLAH nak bagi dekat kita.. Yang penting jangan pernah berhenti untuk usaha dan bahagiakan diri sendiri serta jauh dari aura negatif.. Kurang kawan tak apa janji jangan aura negatif terlalu banyak di sekeliling kita.. Next entry K.Ika akan cerita pulak perkembangan ovum dengan clomid 😉

Comments

Popular posts from this blog

Himalaya Speman

Ini adalah produk en suami makan..harap ada lah hasil yg baik nnti..K.Ika nk cba makan himalaya shatavari tak ade pulak stok dekat kedai cni..huhu..nak beli online tak percaya pulak..mungkin belum rezeki K.Ika untuk mendapat zuriat secara natural..si isteri kena jumpa doktor tidak lama lagi..huhu..harap semua akan berjalan dengan lancar..inilah kebaikan speman untuk laki..cba fikir positif..ini adalah makanan herba dari india.. Untuk ketahui lebih lanjut boleh google..ada yang serasi dengan ubat ini akan tunjukkan hasil yang positif.. TIDAK SEMUA ORANG SESUAI DENGAN PRODUK NIE ..kita hanya manusia biasa hanya berusaha sahaja..ubat ini ada dalam bentuk kapsul dan berwarna pink..1 bekas ada terdapat dalam 100 biji kapsul..tergoda K.Ika bila tengok ubat nie..hihi..harga termasuk gst rm56.20..boleh dicari di farmasi yang terpilih atau di lazada ye.. APA FUNGSI YANG TERDAPAT DALAM HIMALAYA SPEMAN? Meningkatkan spermatogenesis Bahan-bahan semulajadi dalam Speman menggalakkan spe

Kurma Dhuha By Homemade Bonda Rozita

PENGENALAN Ubatan herba merupakan terapi tertua dalam sejarah perubatan bermula dengan penemuaannya di Mesir , India dan China yang telah berusia puluhan ribu tahun ( melalui peradaban kuno ).Herba yang terbaik sudah tentulah herba yang disarankan oleh Rasulullah S.A.W seperti Jintan Rom & Madu Asli ,bahkan merawat dengan herba bukan lagi sesuatu yang baru. Rawatan tradisional telah lama muncul sejak zaman Nabi Adam a.s, Baginda yang pertama memperkenalkan ilimu perbidanan dengan herba dan diamalkan oleh isteri baginda semasa berpantang.Siti Hawa mengamalkan herba makan Jintan Rom untuk mengembalikan tenaga,melancarkandarah,memperbanyakkan susu dan mengimbangi hormon.Selain itu,Siti Hawa juga mengamalkan pengambilan air rebusan herba terdiri daripada campuran daun inai,jintan rom dan Kemenyan Arab bagi mencuci darah supaya tidak berbau dan melancarkan ketulan darah nifas. Hari ini,uabtan herba terus menguasai pasaran dunia sebanyak 20% semenjak 2012 dan terus meningk

Madu Ajaib Turkey By Wawa

Sapa yang ada masalah dengan K.Ika ✋.. K.Ika mengalami masalah masih belum lagi hamil sehingga perkahwinan masuk ke 6 tahun.. Ada juga yang lama lagi K.Ika masih belum dikurniakan zuriat lagi.. Ada yang amalkan nie hanya paling cepat 1 botol sudah melekat.. Ada yang 4 botol baru melekat.. Kesan kepada badan masing-masing adalah berlainan yer.. Macam K.Ika makan apa sahaja tak ada menunjukkan tanda-tanda positif.. Ada K.Ika baca bila kita dah makan macam-macam tidak beri kesan kepada badan kita kemungkinan dalam badan kita ada toksin jahat yang makan khasiat yang kita amalkan.. K.Ika juga mengalami masalah membuang air besar.. Paling lama seminggu tidak membuang ye.. Dah berapa banyak toksin yang terkumpul dalam badan K.Ika..huhu.. Kali nie K.Ika tewas teringin untuk mencuba ikhtiar dengan Madu Ajaib oleh wawa zainal & aeril.. Sapa yang tak kenal pasangan yang memang fanatik dengan lagu-lagu hindustan.. Video mereka kebanyakan banyak lagu hindustan.. Madu nie dikilangkan di lua

Maboro Steak Restaurant Nilai

Ok dekat sni aku nak cerita pasai mkanan westren yang x berapa baru lah sangat aku cuba dekat cni...mula2 aku x tau ada kedai nie bukak aku tau pon sebb kawan en suami ajak lepak dekat cni..nmpak sangat lama x membeli barang dekat psaraya besar nie kan..nak cari kedai nie senang je x susah mana..kedai nie terletak di bandar baru nilai (berdekatan dengan tesco) dan juga bertentangan dengan dataran nilai..kedai dia terletak dihujung..jadi memang senang nak nampak lah..kawasan kedai tu memang besar sangat n luas.. Lagi 1 kedai nie 1 kawasan dengan satay willy yang popular tu..jadi sapa yang pernh p makan satay willy dia tau lah lokasi kedai malboro steak nie..masa aku p cni kedai dia memang ramai org n servis dia agak kelam kabut sedikit..maybe sebb baru lagi perkerja dia n tidak berapa fasih lagi bhasa melayu..harga makanan pada aku masih berpatutan dan harga mampu lah bila nak bayar mkanan tu..aku mintak maaf lah lpa nak snap gambar makanan dekat citu..nnti bila2 aku p cna lagi aku

Rawatan Kesuburan (5) #HuCoG 5000 ( Pecahkan Telur )

 Alhamdulillah ovum K.Ika memberi kesan yang positif.. Ada 2 ovum yang membesar dari makan ubat yang diberikan oleh doktor.. K.Ika makan clomid 50mg.. K.Ika pergi scan pada CD12..Bulan lepas masa cycle tak jadi tu K.Ika terus ambil ubat yang doktor bagi.. Doktor sarankan K.Ika ambil 50 mg dahulu.. Kalau tak berjaya maybe doktor akan naikkan lagi dos di masa akan datang..  Saiz yang K.Ika dapat dalam 26 & 18.. Untuk cucuk ubat nie kena saiz telur 18 ke atas.. Kalau terlebih besar sangat tak helokk juga.. Memandangkan K.Ika ada saiz yang doktor nak jadi terus cucuk lah pada hari yang sama.. Hari yang K.Ika pergi adalah hari khamis jadi takut esok hilang macam cycle bulan lepas terus cucuk lah siap-siap hanya tunggu hasil je lah nanti..hihi.. K.Ika terlupa nak tangkap gambar ubat tu.. Masa tu tengah fikir nak cepat sebab suami lama tunggu dekat dalam kereta..  Resit ada tapi bila K.Ika google tak ada pulak keluar nama tu.. Keluar model barang komputer 😅.. K.Ika ingatkan harga nya mah