Jarak perjumpaan kali ke 3 agak rapat sebab K.Ika buat ujian HPV DNA.. Dan nak bagi keputusan ujian dekat doktor.. Bila dah bagi keputusan tu doktor cakap kemungkinan akan buat lagi pap smear 6 bulan akan datang.. Doktor pon tengok keputusan darah K.Ika pada CD 21 semua ok dan juga suami jadi doktor terangkan langkah 1 persatu..
K.Ika punya ada 3 step..Malas nak lonjak terus sebab kekangan masa dengan kebetulan bulan nie suami sibuk dengan balajar nya dan kebetulan minggu subur K.Ika dalah minggu suami bz..huhu.... Suami cakap dekat doktor kita buat step by step.. Jadi doktor kata K.Ika makan folic asid dahulu.. K.Ika dari bulan 3 haritu dah makan beli dekat farmasi punya.. Jadi masih konsisten sampai sekarang K.Ika makan..
Hari isnin K.Ika akan pergi ke hospital untuk scan telur sama ada membesar atau tidak secara natural dan akan ada cucuk untuk mematangkan atau doktor pecahkan telur tu.. Bab cucuk-cucuk badan nie lemah K.Ika dibuatnya..huhu.. Kemudian kita BD ( baby dance / sex ) dalam tempoh yang diberikan.. Jika sebaliknya K.Ika akan ambil clomid & doktor akan cucuk telur bagi pecah atau masukkan sperma suami ke dalam vagina kita..
Harap telur K.Ika membesar dengan jaya nya lah.. Tak mau lah sampai kena main cucuk-cucuk dekat perut.. Serammm oiii.. TTC nie masalah dengan orang lain tidak sama walaupon kita dalam golongan TTC juga.. Jadi untuk tahu masalah kita lebih detail jumpa lah dengan doktor pakar sakit puan.. Ada modal lebih boleh pergi swasta.. Modal tak berapa nan hadooo macam K.Ika nie serah diri dekat kerajaan lah..hihi.. Semua rawatan di hospital kerjaan agak sibuk ye.. Tambah wabak covid 19 nie kebanyakan hospital baru terima balik pesakit luar untuk buat rawatan.. Jadi bertambah-tambah sesak lah dekat hospital tu..
Hospital yang K.Ika pergi nie baru lagi tak sampai setahun siapnya..Nanti K.Ika share dekat hospital mana K.Ika buat rawatan.. Jika tak salah K.Ika hospital nie lebih kurang sama macam PPUM separuh swasta & kerajaan.. Berdekatan dengan hospital lama suami masuk sebelum nie..
Doakan telur/ovum K.Ika beri kerjasama dengan baik untuk membesar dan dapat baby tahun 2020 nie.. Mana tau dapat hadiah aniversary yang ke 7 tahun hadiah yang paling berharga kan.. Aminnn...
Comments
Post a Comment