Perjumpaan kedua dengan doktor untuk tahu keputusan darah pada CD 21 & juga air mani suami.. Result untuk suami doktor kata normal.. Darah K.Ika pada CD 21 pon normal doktor tak ada kata hormon tinggi atau lari mcam tu.. Result ujian pap smear K.Ika agak mencurigakan jadi kena buat ujian HPV DNA test.. Bila doktor kata kena buat ujian tu K.Ika rasa mcm nak nangis tapi tahan air mata sebab dalam kepala dah fikir kita kena kanser ke apa kan.. Gila wey bila dengar doktor macam tu semua perempuan akan fikir tak boleh bagi zuriat dekat suami dah.. Terus rasa terbalik dunia K.Ika nie..
Bila difikir balik tak salah K.Ika hari yang buat pap smear tu K.Ika ada bersama dengan suami.. K.Ika ada baca yang buat pap smear tidak boleh bersama dengan suami sehari sebelum ujian tu.. Jadi K.Ika anggap sampel yang curiga tu adalah air mani suami.. Tak boleh juga biarkn diri dalam keadaan yang stress.. Kita fikir yang positif sahaja..
Dekat hospital yang K.Ika follow up nie tak ada buat ujian untuk HPV DNA test jadi kena buat dekat luar.. Doktor ada carikan untuk tempat buat ujian nie tapi tu lah harga dia tak logik langsung.. Harga dia untuk ujian tu RM 370.90.. K.Ika tanya adik baru RM 200.. Tak tahu nie harga hospital atau klinik mana doktor bagi.. Cekik darah suruh..Jadi K.Ika tak ambil yang doktor bagi tu K.Ika cari sendiri dekat klinik luar sendiri..
K.Ika buat ujian di Klinik Siti Kota Warisan.. Result akan keluar dalam 3-5 hari waktu bekerja.. K.Ika harap sangat keputusan tu adalah negatif.. Belah K.Ika tak ada keturunan yang ada kanser jadi risiko agak rendah..
Oh ya K.Ika CD 2 belum ambil darah lagi.. Harap period nie keluar betul cantik CD 2 masa perjumpaan dengan doktor nanti.. Sebab apa senang sekali jalan tak perlu nak datang CD 2 akan datang punya..hihi.. Kalau ikut pengiraan masa jumpa doktor adalah CD 3.. Harap period panjangkan lagi sehari 😅.. Kalau dia nak keluar dia keluar juga tak kira hari..hahaha..
Kita orang ttc nie tak boleh dalam keadaan yang stress tau.. Kena pastikan aura positif sentiasa..hihi.. Ada setengah orang bila stress hormon akan lari dan akan lari kitaran period.. Jadi marilah kita sama-sama berttc ye..
Comments
Post a Comment